PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR


     TAJUK BLOG / WEBSITE : PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR

     NAMA PENSYARAH         : PN. NURIZAN BINTI SAURY

 
     AHLI KUMPULAN            : 1) RAVIER RIDLEY ANAK BLUCEWALKER BREDAY                                                                        (05DKM18F1021)
                                                  : 2) BRADNER ASHLEE LIEW
                                                        (05DKM18F1027)
                                                  : 3) AARON LIBAN  SARAU
                                                        (05DKM18F1088) 


PENGHARGAAN
  • Salam sejahtera dan syukur kepada Tuhan kerana kami dapat juga menyiapkan tugasan yang telah kami usahakan selama ini. Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Puan Nurizan Binti Saury, Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (DUB1012),  yang telah memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Selain itu, tidak lupa juga kepada ibu bapa yang telah memberikan dorongan dan semangat sepanjangan penghasilan tugasan ini.Tanpa dorongan dan semangat yang telah diberikan mungkin kami tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu secara langsung atau secara tidak langsung. Pelbagai ilmu yang dapat kami memperolehi semasa kami menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, tanpa bantuan dari pihak-pihak tertentu kami tentu tidak dapat menyiapkan tugasan dengan jayanya.



PENGENALAN

  • Pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar merupakan impian semua negara pada hari ini. Menjadi keutamaan sehingga alam sekitar menjadi mangsa. Alam sekitar merupakan tempat tinggal kehidupan bagi manusia dan haiwan. Justeru, manusia dan haiwan memainkan peranan penting dalam menentukan keseimbangan alam sekitar. Lebih 40% daripada muka bumi ini diluputi oleh hutan telah dimusnahkan oleh kegiatan manusia. Bumi yang tandus disebabkan oleh pemanasan global ataupun paras air laut yang semakin meningkat ekoran berlakunya pencairan ais yang tidak terkawal. Di samping itu, dalam mengejar kemodenan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan,manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek -projek pembangunan. Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumiUntuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam.















1. PENCEMARAN AIR





  Pencemaran air melibatkan air tercemar samada dari bahan kimia, partikal, atau perkara bakteria yang merendahkan kualiti air dan keasliannya. Pencemaran air boleh berlaku di lautan, sungai, tasik, dan takungan bawah tanah serta apa sahaja sumber-sumber air. Selain itu, pencemaran air ialah perubahan yang berlaku pada air dari segi kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh pelbagai bahan pencemaran. Akibat kegiatan manusia pencemaran air disebabkan oleh pembuangan air kumbahan kepada jasad air tanpa rawatan yang mencukupi. Pencemaran air mempengaruhi seluruh biosfera tumbuhan dan organisma yang hidup di dalam jasad air tersebut, serta organisma dan perubahan yang mungkin terdedah kepada airnya. Kesannya boleh merosakkan bukan sahaja kepada spesies individu, tetapi juga kepada komuniti biologi semula jadi. Air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air. 



2. PENCEMARAN UDARA



  Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengunaan sebarang bahan kimia, jirim sarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan kemudaratan atau ketidakselesaan kepada manusia atau organism hidup lain, atau merosakkan alam sekitar. Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara dan pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer ialah penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap.Justeru itu, ini menyebabkan segala zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan sekaligus telah menyebabkan pencemaran udara berlaku. Pada kebiasaanya, punca pencemaran primer ini berlaku daripada tindakan yang melibatkan ekzos kenderaan seperti motosikal, kereta, van, bas dan lori. Pencemaran sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap di udara. Pencemaran sekunder ini selalunya terjadi apabila sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida ia memerlukan karbon monoksida dan juga sulfur monoksida kedua-dua bahan ini juga terdapat dari pencemaran primer. Sebagai contoh apabila sulfur monoksida, sulfur dioksida dan wap air bergabung ini akan menwujudkan satu lagi unsur yang lain iaitu unsure asid sulfurik. Anda sedia maklum bahawasanya asid akan memberi kesan yang negatif terhadap kehidupan manusia.







3.PENCEMARAN BUNYI



  Pencemaran bunyi merupakan pencemaran yang mengganggu kehidupan manusia. Apabila kita mendengar bunyi yang bising, ia menyebabkan kita berasas sangat tertekan dan kadangkala menimbulkan rasa marah yang amat ketara pada diri setiap individu. Organ yang sering menjadi mangsa terhadap pencemaran bunyi adalah telinga. Jika individu tidak menjaga pancaindera yang penting ini, kemungkinan besar individu tersebut mengalami pekak dan gangguan pada telinga. Bunyi boleh diterangkan secara fizik yang bermaksud getaran dalam udaara atau atmosfera yang diterima masuk dalam telinga. Manakala kebisingan pula bermaksud bunyi yang tidak dikehendaki ramai. Pada kebiasaannya, semakin meningkat umur seseorang, organ telinga yang berfungsi menukarkan bunyi kepada isyarat yang difahami oleh otak kita akan menjadi semakin lembap dan tidak kuat. Ini bermakna, semakin meningkat umur seseorang, semakin kurang kecekapannya untuk mendengar. Tetapi jika seseorang mendapat pendedahan kepada kebisingan yang kuat untuk satu jangka masa, individu tersebut akan lebih berisiko untuk kehilangan kebolehan untuk mendengar. Ini bergantung kepada tahap kebisingan dan tempoh pendedahan terhadap individu tersebut. 





4. PENCEMARAN DARAT


  
  Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan pencemar ini terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan bertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu. Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktiviti manusia itu sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, tebus guna tanah yang mengorbankan kawasan terumbu karang, penebangan hutan yang menyebabkan aliran tanah dari darat masuk ke dalam laut, pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal, pembuangan sisa toksik dan sisa nuklear, dan tumpahan minyak menyebabkan tanah tercemar.






      





PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

          

1. Punca Pencemaran Air


Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.

Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.

Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungaisungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.

Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.





2. Punca Pencemaran Udara



Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik. Namun, ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia. Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar.
Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.
Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal terbang dan sebagainya. Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk.
Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Manakala penggunaan kenderaan di jalan raya dijangka akan meningkat kepada 1 bilion pada tahun 2020, namum dijangka juga akan mencapai angka itu lebih awal. Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling tempat. Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan. Contohnya, masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi 'asap'.Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara. Apabila cecair penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia mampu menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran udara.




3. Punca Pecemaran Darat


Pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku.Terdapat dua kaedah pembuangan sampah yang sering diamalkan iaitu kaedah penimbusan dan kaedah pembakaran.Walaupun sampah sarap dapat dilenyapkan dari pandangan mata dan hiduan hidung dengan kaedah ini namun tanpa pengawalan yang rapi,kedua-dua teknik inijuga boleh memberi masalah yangserius jepada alam sekitar. Selain itu, pembuangan sisa toksik dan nuklear juga akan menyebabkan pencemaran tanah berlaku.Apabila sisa toksik dan nuklear telah mencemari permukaan tanah,maka ia kan menyebabkan kualiti tanah merosot.Hal ini akan memberi impak yang besar kepada manusia serta alam sekitar. Tambahan pula,  juga akan menyebabkan pencemaran tanah berlaku.Kawasan hutan ditebang untuk mendapatkan hasil balak yang mempunyai keuntungan lumayan. Penebangan hutan ini akan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar.Hal ini disebabkanketiadaan akarpokok untuk mencengkam tanah. Kesannya,tanah runtuh akan terjadi dan akan membahayakan nyawa penduduk yang tinggal brehampiran kawasan itu.

4. Punca Pencemaran Bunyi





Pencemaran bunyi mempunya empat kelas berbeza,ia dikelaskan mengikut tahap kebisinggan atau kekuatan bunyi yang diterima oleh orang ramai,tempat dimana kita berada juga bekait dengan kelas-kelas pencemaran ini contohnya sekiranya kita tinggal di kampong,risiko pencemaran bunyi adalah rendah berbanding kita tinggal di Bandar kerana di kampong kurang bunyi kenderaan.Berikut adalah Empat kelas atau jenis pencemaran bunyi iaitu kebisingan selenjar, kebisingan fluktasi, hentakan impuls dan kebisingan selang seli. Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan. Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap. Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi  akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan  tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran. Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising  menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.








 KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR


1. Kesan Pencemaran Air



Semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya kepada manusia serta spesies lain jika ia terlalu serius. Contohnya, sodium boleh menjadi implikasi kepada masalah jantung, nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah. Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf. Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom. Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh merosakkan hati dan sistem saraf, gangguan kulit, muntah-muntah, demam panas, cirit-birit dan keadaan tidak normal yang bahaya. Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi. Sesetengah pantai, sungai dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan buangan kilang yang mencemari kawasan itu. Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga di mana jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.  Alam sekitar rosak dengan teruk terutama di tempat yang mengalami pencemaran air. Pencemaran air memberi kesan kepada sistem eko laut, sungai, muara, tasik dan air dari tanah. Bagaimanapun, pencemaran air bukan hanya memberi kesan kepada alam sekitar, malah turut memberikan kesan kepada spesies yang menggunakan alam sebagai habitat. Hidupan liar akuatik adalah antara mangsa pencemaran air. Sejenis pencemaran yang memberikan kesan kepada air ialah bentuk fizikal, seperti peningkatan suhu. Oleh kerana air dialirkan daripada kilang industri, hampir 15 sehingga 25 miligram air yang dipanaskan dialirkan ke dalam sistem penyejuk air. Apabila air panas itu dialirkan keluar ke sungai, suhu air sungai itu akan meningkat. Hasilnya, ia akan mengganggu perhubungan ekologikal di antara sistem air dan hidupan akuatik. Malah, peningkatan suhu walau sedikit adalah bahaya kepada pelbagai ikan dan hidupan akuatik lain. Pencemaran air turut memberi kesan kepada tumbuhan. Dengan peningkatan pencemaran kimia seperti nitrat dan fosfat, ia boleh menyebabkan kerosakan rumpair dalam sistem air, sekali gus mengubah habitat tumbuhan akuatik. 

Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, lebih banyak rumpair tumbuh. Kebanyakan daripada fosforus yang ditambah ke dalam sistem air dihasilkan daripada kilang industri yang berhampiran. Dengan peningkatan fosforus, ia menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang. Pencemaran air berkaitan dengan jatuhnya kualiti air yang diukur daripada kriteria biologikal, kimia dan fizikal.


2. Kesan Pencemaran Udara






Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya merupakan bahan buangan industri, asap ekzos kenderaan, tindakan pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara. Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk menangani pencemaran.



Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.


Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam.

Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.
Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.
Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.
Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada umat manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih keiat perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.

3. Kesan Pencemaran Bunyi


Bunyi yang tidak dikehendaki mampu membawa kesan negatif secara physiological. Pencemaran bunyi mampu merimaskan, memberi tekanan, menghilangkan pendegaran, gangguan tidur serta kesan buruk lain.Tekanan dan hipertansi adalah punca utama masalah kesihatan, di mana telinga berdengung menyebabkan mengalami masalah daya ingatan, serta serangan panik.
   Selain itu,kesan lain pula pencemaran bunyi mampu menyumbang kepada kesan kardiovaksular. Dimana boleh menyebabkan peningkatan statisik pada tekanan darah serta peningkatan kejadian arteri koronari.
   Pencemaran bunyi menyebabkan menjejaskan produktiviti. Dimana pekerja tidak dapat menjana idea untuk organisasi apabila pencemaran bunyi berleluasa sehingga menjejaskan pemikiran seseorangBunyi bising memberi kesan buruk kepada haiwan. Ia menyebebkan tekanan serta meningkat risiko kematian dan menganggu haiwan berhubung terutamanya berkaitan dengan pembiakan dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan pendengaran sementara atau kekal. Selain itu, kesan bunyi boleh memusnahkan habitat yang disebabkan bunyi bising. Sebagai contoh,pencemaran bunyi menyebabkan kematian speseis paus tertentu akibat terdedah kepada sonar tentera yang kuat.


4. Kesan Pencemaran Darat


Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti pencemaran-pencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami. Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan. Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas dan lalat dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh- tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang. Seterusnya tanah juga menjadi gersang atau menjadi tanah gurun disebabkan oleh penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. Usaha pertanian yang dilakukan ke atas tanah yang kurang berkualiti (tidak subur), yang sering berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan, padang ragut yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak, sehingga berlakunya overgizing dan seterusnya padang ragut menjadi gondol, dan pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan penempatan adalah antara punca-punca kejadian tanah gersang. Pencemaran tanah ini juga membunuh haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan bawah tanah. Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul ke dalam tanah dan bahan-bahan cemar seperti sisa toksik dan nuklear membunuh haiwan-haiwan bawah tanah tersebut. Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.






Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar



Pencemaran Air



Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi pencemaran air adalah menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat. Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu menyediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi.Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang untuk sistem perparitan di kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan supaya dapat dibina saluran paip khas dan air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan. Selain itu, menyediakan tong sampah di setiap kawasan sungai dan pantai agar dapat digunakan oleh setiap masyarakat yang datang ke kawasan tersebut tanpa mereka membuang sampah di merata-rata tempat. Kerajaan juga harus mengetatkan undang-undang bagi kesalahan membuang sampah sarap merata tempat. Seterusnya, mengadakan kempen kesedaran alam sekitar dan aktiviti-aktiviti pembersihan laut dan sungai. Akhir sekali, masyarakat juga dapat bekerjasama memerangkap sampah sarap longkang dari mengelakkan sampah tersebut mengalir masuk ke sungai.




Pencemaran Udara


Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran udara ialah menghijaukan kawasan. Contohnya seperti kerajaan atau masyarakat dapat menanam pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya. Langkah seterusnya ialah pengunaan petrol tanpa plumbum. Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan. Selain itu, kerajaan juga dapat mengadakan program kitar semula. Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru. Pihak berkuasa juga mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30 meter ke udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara. Masyarakat juga dapat mengurangkan pengunaan kenderaan bermotor yang melepaskan asap-asap ke udara dengan mengunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bus,LRT atau berkongsi kenderaan bersama jiran tetangga. Langkah yang terakhir ialah kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara.Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

Pencemaran Bunyi


Terdapat pelbagai strategi mengurangkan pencemaran bunyi antaranya ialah penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan raya, menghadkan berat kenderaan,mengunakan kawalan trafik agar tidak mengalami tekanan brek dan pecutan bagi kenderaan.
Selain itu,pelaksanaan model computer bagi buyi jalan,mampu menangani topografi dan operasi trafik serta pengurangan hipotesis tempatan.Kos pembinaan pengurangan bina adalah sederhana tertakluk pada penyelesaian pada tahap perancangan projek laluan jalan. Pengeluaran bunyi dari kapal terbang dengan menghasilkan enjin jet yang lebih senyap yang dilakukan pada 1970-an dan 1980-an.Strategi ini membawa pengurangan terhad.Bagi pihak pengurusan operasi,seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa penggunaan landasan telah membuktikan memberi kebaikan penduduk berhampiran lapangan terbang. Pendidikan kerajaan juga harus  memberi dan membentuk sikap positif terhadap alam sekiar terutamanya dari peringkat rendah lagi.Melalui pendidikan mereka dapat mengetahui pencemar alam dari segi kesan-kesan negative terhadap alam sekitar dan manusia. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum bersepadu sekolah rendah KBSR dalam matapelajaran alam dan manusia. Seterusnya pada peringkat menengah melalui dalam kurikulum bersepadu sekolah menengah KBSM khususnya dalam matapelajaran sains.Masyarakat juga mengetahui mengenai alam sekitar melalui penyiaran media serta kempen.  Kerajaan patutlah memainkan peranan seperti mengetat undang-undang untuk melindungi alam sekitar.Rondaan oleh pegawai alam sekitar perlu diperbanyakkan. Pengusaha kilang haruslah mendapatkan nasihat mengenai alam sekitar sebelum memulakan operasi.Selain itu,pengguna perlu mementau persekitaran sekiranya terdapat pihak tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar perlu segera membuat aduan agar pencemaran bunyi diatasi. Masyarakat juga berperanan untuk Pameran perlulah diadakan secara berkala disetiap kawasan tertentu dengan mengedar risalah tenteng punca dan kesan pencemaran bunyi terhadap alam sekitar serta manusia. Selain itu, kerajaan perlulah mempamerkan slaid-slaid berkaitan pencemaran bunyi agar dapat menyedarkan masyarakat serta mengajar masyarakat melindungi alam sekitar. Mengadakan pertandingan kuiz tentang pencemaran untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai alam sekitar terutamanya di peringkat sekolah amat penting. 




Pencemaran Darat


Pendidikan alam sekitar merupakan salah satu kaedah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah pencemaran tanah.Pendidikan alam sekitar dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu,dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Selain itu,kempen kesedaran juga boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.Antara kempen-kempen alam sekitar yang boleh dilaksanakan adalah kempen cintailah sungai kita,kitar semula,dan sahabat alam.Dalam kempen ini peserta akan diajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan sebagainya. Pendedahan media masa juga merupakan salah satu cara yang boleh di ambil untuk menangani isu pencemaran tanah.Pada hari ini,media masa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna.Oleh itu,dengan adanya pendedahan media masa tentang isu pencemaran alam,masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani masalah pencemaran. Kerajaan juga harus memantau aktiviti-aktiviti agar pencemaran tanah dapat dicegah dari berlaku. Langkah ini akan membuatkan tanah di negara kita lebih subur dan tidak mudah rosak agar aktiviti penanaman pokok mudah dilakukan. 






Kesimpulan



Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran manusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan. Demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar kita tidak dijaga dengan baik.Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu, kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan dan sebagainya. Kesimpulannya,semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita. 












































Comments